Wednesday 6 April 2011

PENGENALAN

Prasekolah SK Air Kuning Selatan menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan , bakat serta latar belakang murid. Guru Prasekolah menyediakan aktiviti dan bahan yang konkrit dan menarik supaya murid melibatkan diri secara aktif dalam proses P&P. Usaha ini adalah untuk menjadikan P&P lebih bermakna, berkesan dan menggembirakan. Aktivit akan dirancang dan dikelolakan oleh guru secara teliti dan sistematik bagi menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama dalam proses P&P. Tiga pendekatan P&P yang diutamakan iaitu bermain sambil belajar, pendekatan bertema dan pendekatan bersepadu.

Visi

"Prasekolah SK Air Kuning Selatan akan menjadi Prasekolah Terunggul, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang"